$jpspn

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/27/pasca-banjir-kerja-bersih-sampah-selesai-hujung-februari/

Pasca banjir: Kerja bersih sampah selesai hujung Februari

PUTRAJAYA, 27 Januari:

Kerja-kerja pembersihan sampah pasca banjir di pantai timur dijangka selesai hujung Februari.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata secara purata sebanyak 2,000 tan sampah dikumpul setiap hari di Kelantan, Terengganu dan Pahang pada fasa pasca banjir.

“Kerja-kerja pembersihan pasca banjir masih berterusan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kepada Solid Waste Corporation (SWCorp) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) juga akan memastikan fasiliti untuk pelupusan sampah dapat diaktif semula dengan kadar segera kerana banyak kambus tanah terjejas akibat banjir khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada majlis itu juga, Abdul Rahman melancarkan program Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) 2015 yang diadakan bagi menggalakkan aktiviti 3R di sekolah dan memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada sekolah yang cemerlang dalam melaksanakannya.

“Adalah diharapkan pertandingan ini akan memberi dorongan dan didikan yang diperlukan kepada pelajar-pelajar sekolah supaya mereka aktif dalam mengitar semula.

“Pelajar-pelajar ini pula kita harap dapat mempengaruhi keluarga mereka untuk membudayakan amalan 3R dalam kehidupan seharian,” katanya.